SERDANG, 8 Disember - Putra Business School (PBS) telah mencapai pelbagai kejayaan serta mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Sekolah Perniagaan Terbaik dengan menduduki tempat pertama di Malaysia dan ke-23 di Asia, titah Canselor Putra Business School, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
“Pada tahun ini, kejayaan Putra Business School ini mencerminkan kualiti dan usaha gigih dalam memenuhi kehendak persekitaran perniagaan moden yang semakin mencabar.
“Penghormatan ini adalah pengiktirafan terhadap seluruh komuniti Putra Business School daripada para tenaga pengajar, pelajar, rakan industri sehingga alumni yang berjaya,” tegas baginda dalam titah ucapan Majlis Konvokesyen PBS, UPM di Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Selain itu, kerjasama baharu sekolah ini dengan institusi
antarabangsa telah memperluaskan jejak global kami. Para pelajar kini berpeluang mengakses rangkaian yang lebih luas, ilmu pengetahuan terkini, dan platform global untuk bertukar idea serta perspektif.
DYTM Tengku Amir merasmikan serta melancarkan logo baharu PBS, yang telah mencapai kejayaan luar biasa dalam industri sebagai eksekutif utama, usahawan, dan pemimpin pemikiran.
“Logo baharu ini bukan sahaja mencerminkan identiti unik kita, malah menggambarkan hubungan erat yang terjalin dengan UPM,” titah baginda.
Selain itu, DYTM Tengku Amir menegaskan bahawa semua perlu menyumbang dengan penuh makna ke arah masyarakat yang lestari dalam menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, gangguan teknologi, dan ketidaktentuan geopolitik.
Dalam pada itu, seramai 204 graduan yang terlibat daripada pelbagai program, iaitu Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains(MSc), Sarjana Pengurusan Perniagaan MBA dan Postgraduate Certificate in Business Administration.
Date of Input: 14/01/2025 | Updated: 14/01/2025 | syamilakamarul
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA