Penyelidik UPM bangunkan SOILPROP Mapper, bantu petani tingkat hasil padi dan jimat baja
Pegawai Penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ezrin Mohd Husin berjaya membangunkan SOILPROP Mapper, iaitu sistem pemetaan sifat dan kesuburan tanah secara masa nyata yang membolehkan petani menentukan kadar pembajaan berdasarkan keperluan sebenar tanah.