Wawasan global kami pada dasarnya adalah memastikan jalinan perhubungan yang mantap di antara Universiti dengan masyarakat setempat serta komuniti serantau. Komuniti UPM dilihat sebagai suatu entiti global yang sentiasa menjalinkan hubungan antarabangsa dan berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang di persada dunia dan pastinya menyalurkan idea-idea bermanfaat kepada komuniti tempatan untuk kehidupan yang cemerlang.