IPT Perlu Kenalpasti Peranan Kepimpinan Akademik Dalam Menyumbang Kelestarian Masa Hadapan | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » IPT perlu kenalpasti peranan kepimpinan akademik dalam menyumbang kelestarian masa hadapan

IPT perlu kenalpasti peranan kepimpinan akademik dalam menyumbang kelestarian masa hadapan

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

PUTRAJAYA, 9 September – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mengenalpasti peranan kepimpinan akademik dalam menyumbang kelestarian masa hadapan sejajar dengan matlamat pembangunan lestari (SDG).

 

Pengarah, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad berkata IPT perlu mengenalpasti peranan dan sumber untuk kepimpinan akademik bersama-sama membantu menjayakan matlamat tersebut.

 

“Antaranya pihak IPT boleh menggunakan kepakaran mereka dari segi akademik, penyelidikan dan perkhidmatan untuk membantu menyumbang kepada kelestarian masa hadapan  antaranya dari segi Kesihatan Planet, Education for Sustainable Development (ESD) dan Persekitaran, Sosial dan Tadbir (ESG),” katanya.

 

Tambah beliau, di CADe-Lead kini telah membangunkan task force Education for Sustainable Development (ESD) untuk mengintegrasikan kelestarian dalam kurikulum pengajaran bagi memperkasakan aspek pendidikan di UPM.

 

“Saya berharap melalui inisiatif ini UPM akan menjadi peneraju untuk ESD di Asia Tenggara bagi mengetengahkan peranan universiti  berkenaan perkara ini serta mendapat input dari negara lain untuk memperkasakan kelestarian pendidikan tinggi,” katanya ketika ditemui di Sidang Kemuncak Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES 2024) kali ke-4.

 

Pada SEAHES 2024, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis turut membentangkan pendekatan Compassionate Pedagogy in Value-based Education yang bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai empati, bertanggungjawab, emosi yang seimbang dan intelek untuk mempersiapkan mereka menyumbang secara positif kepada masyarakat.

 

“Jika dilihat sekarang pelajar ciri Gen Z kurang bersosial dan kita juga mahu menyediakan mereka dengan ekonomi penjagaan. Pendidikan berasaskan nilai adalah penting kerana ia sejajar dengan hasrat pembangunan kelestarian,” katanya.

 

 

Dalam pada itu, CADe-Lead, UPM menganjurkan SEAHES 2024 kali ke-4 bersama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

 

Program dua hari yang bertemakan “Innovation, Ethics and Civilization: Higher Education in Southeast Asia” merupakan platform menjalin kerjasama para pendidik, penyelidik dan pemimpin institusi pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara mengetengahkan isu-isu kritikal terkini dalam ekosistem pendidikan tinggi di peringkat glokal dan global.

Date of Input: 09/09/2024 | Updated: 09/09/2024 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLEMAZ~