I-PUTRA Agih 1,000 Mangkuk Taufu Fah | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » i-PUTRA agih 1,000 Mangkuk Taufu Fah

i-PUTRA agih 1,000 Mangkuk Taufu Fah

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad

Foto Oleh: MD Nasir Hussin

 

SERDANG, 7 Mac – Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) memulakan siri pertama pengagihan 1,000 mangkuk taufu fah melibatkan 26 staf secara pandu lalu di hadapan bangunan i-PUTRA UPM mengekalkan tradisi ini bagi tahun kelima.

Pengarah i- PUTRA UPM, Prof. Dr. Alyani Ismail berkata, i- PUTRA merancang untuk mengagih juadah berbuka seminggu sekali sepanjang bulan Ramadan ini.

‘’Program ini diadakan sebagai salah satu usaha i-PUTRA UPM untuk berkongsi rezeki dengan warga UPM dan komuniti sekitar, di samping mengimarahkan bulan Ramadan melalui amalan bersedekah.

 

 

“Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan seluruh warga i-PUTRA UPM” kata Pengarah Pusat Antarabangsa Putra.

 

 

Program ini telah dijalankan sejak lima tahun lalu, bermula pada tahun 2020, i-PUTRA mengekalkan tradisi ini yang asalnya diperkenalkan sebagai sumbangan kepada petugas barisan hadapan ketika pandemik COVID-19 sehingga kini pada setiap Ramadan.

Sementara itu, Ketua Sukarelawan, Muhammad Abu Ubaidah Samsuddin berkata taufu fah dipilih sebagai menu edaran pada hari ini sebagai sumbangan kami kepada komuniti dan staf,” ujarnya.

Date of Input: 10/03/2025 | Updated: 10/03/2025 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYDKRA5~