SERDANG, 21 Januari- Sekumpulan 40 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan teknologi grafik Canva kepada anak-anak Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi tingkat kesedaran teknologi baru-baru ini.
Penganjuran program itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi tentang kesedaran penggunaan teknologi membuka peluang kerjaya yang luas.
Tenaga Pengajar Bakti Siswa UPM (QKK2101), Ling Tian Wong berkata program ini penting bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar agar dapat membina kemahiran bersosial bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk menempuhi kehidupan bersosial dalam masyarakat
“Ini sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran komunikasi dalam kalangan remaja dalam proses pemulihan akhlak, “ katanya
Pengarah Program, Nurul Nadia Nasiman berkata dengan ilmu serta pengalaman yang dikongsikan dapat memberikan pengetahuan sampingan yang menjurus kepada pembangunan nilai murni serta akhlak yang baik dalam diri pelajar untuk memacu masa hadapan yang lebih baik.
Seramai 28 orang peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti memasak ‘ramen roll’, perkongsian ilmu asas bahasa Mandarin, bengkel membuat sabun, serta perkongsian teknik asas pertolongan cemas.
Date of Input: 21/01/2025 | Updated: 21/01/2025 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA