Atlet Gimnas Artistik Wanita Negara Terima Bacelor Sains Statistik | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Atlet gimnas artistik wanita negara terima Bacelor Sains Statistik

Atlet gimnas artistik wanita negara terima Bacelor Sains Statistik

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang



SERDANG, 30 November - Walaupun atlet terkenal mengharumkan nama negara, namun atlet gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, 23, sangat mementingkan pendidikan kerana bercita-cita ingin menjadi seorang jurulatih yang berkaliber dalam sukan yang disertai olehnya sejak umur 17 tahun.

Beliau berjaya membanggakan ahli keluarganya apabila berjaya menamatkan Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM), di samping fokus kepada latihan sukan setiap petang.

“Saya ingin menamatkan pengajian saya di UPM dengan cemerlang sama seperti sukan yang diceburi oleh saya walaupun tahu program yang diikuti ini agak sukar, tapi usaha dan minat buatkan saya terus kuat.

“Jadilah seorang atlet yang berilmu dan bijak, kerana apabila anda bersara dari dunia sukan sekurang-kurangnya anda boleh berkhidmat dalam bidang pendidikan yang diminati,” katanya.

Rachel sebelum ini telah menghadiahkan Malaysia dengan pingat emas dalam acara palang bertingkat (palang asimetrik) pada SUKAN SEA pada edisi 2021, Manila, Filipina,

Walaupun beliau seorang atlet berprestasi tinggi dan bertaraf dunia, kecintaannya pada ilmu sangat diutamakan. - UPM

Date of Input: 30/11/2022 | Updated: 30/11/2022 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXMbKAj~