Doktor Pokok Beri 4 Tips Usahakan Ladang Pisang Elak Penyakit Layu Fusarium | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Doktor pokok beri 4 tips usahakan ladang pisang elak penyakit layu fusarium

Doktor pokok beri 4 tips usahakan ladang pisang elak penyakit layu fusarium

Article Summary
Tumbesaran pokok pisang perlu dipantau selalu supaya pokok tumbuh subur sebagai satu kaedah mengurangkan kejadian penyakit. Tanah yang sihat akan menjadikan tanaman lebih sihat.


Pokok pisang merupakan salah satu tanaman kontan yang mudah tumbuh di Malaysia, sering dimakan begitu sahaja setiap hari sama ada pagi hingga atau petang atau diolah menjadi makanan yang diminati masyarakat.

 

Semua bahagian pada pokok pisang dapat dimanfaatkan dari buah, daun, pelepah, bahkan tunasnya. Jika disenaraikan memang banyak betul kuih-muih tradisional serta hidangan Melayu yang dibalut atau dibungkus khas menggunakan daun pisang.

 

Penanaman pisang menjadi pilihan kebanyakan petani kerana permintaan pasaran tinggi selain pulangan atau harganya lebih stabil berbanding tanaman lain. Namun, ramai petani melihat tanaman ini berisiko tinggi kerana ia dikatakan mengambil tempoh yang panjang iaitu kira-kira 10 bulan sebelum dituai.

 

Ini sekali gus mengundang pelbagai permasalahan seperti serangan penyakit dan haiwan perosak yang boleh menjejaskan pulangan hasil dan buntu memikirkan tanaman mereka semakin rosak apabila diserang penyakit yang masih belum dapat dikenalpasti.

 

Menurut pakar patalogi tumbuhan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Wong Mui Yun  setiap petani yang ingin mengusahakan ladang pisang perlu memiliki ilmu agar dapat memperoleh hasil yang berkualiti dan mengurangkan kerugian akibat penyakit. yang memusnahkan pokok pisang iaitu layu fusarium.

 

Penyakit layu fusarium menyerang batang pokok pisang melalui sistem akar pokok ke dalam batang pokok dan memusnahkan pokok pisang pada tengah batang sahaja yang kelihatan masih normal.

 

Buat masa ini masih tiada penyelesaian berkesan untuk mengawal penyakit layu Fusarium. Penyakit ini memberi impak paling besar terhadap penanaman pisang dalam negara atas sebab kadar sebarannya amat cepat dan meluas melalui pelbagai media.

 

Namun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan pokok pisang menghidap penyakit ini.

 

Pertama

Pemilihan tanah yang sesuai seperti tanah subur yang mengandungi bahan organik dan pastikan lokasi tersebut mempunyai sistem pengairan yang baik. Seeloknya bagi petani yang ingin menanam pisang pada skala yang besar, hantarlah sample tanah ke makmal untuk ke menganalisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah tersebut.

Perkhidmatan ini boleh dibuat di Institut Kajian Perladangan (IKP) UPM untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah bagi mengetahui sejarah layu fusarium pada tanah tersebut.

Kedua

Penanam juga dinasihatkan supaya mengelakkan penanaman pisang di tanah yang sudah mempunyai sejarah jangkitan penyakit ini sebelumnya kerana layu fusarium mungkin dapat hidup dalam masa panjang sehingga 30 tahun di dalam tanah.

Ketiga

Mengurangkan pengunaan racun kimia kerana ia akan mematikan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tanah yang dapat membantu menjaga kesihatan tanah dan komuniti mikroorganisma tanah yang baik.

Keempat

Penjagaan buah dari kecederaan  dapat meningkatkan nilai buah selepas dituai. Tunggu dan rawatlah pokok pisang berbuah bagi mempastikan hasil yang lumayan.

 

Akhir sekali, tumbesaran pokok pisang juga hendak dipantau selalu supaya pokok tumbuh subur sebagai satu kaedah mengurangkan kejadian penyakit.  Tanah yang sihat akan menjadikan tanaman lebih sihat.

Date of Input: 15/08/2024 | Updated: 15/08/2024 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLVUAY~