UPM hidupkan warisan Melayu menerusi upacara menaikkan tiang seri
Rumah Bumbung Panjang Selangor yang diinspirasikan daripada seni bina rumah tradisional di Sabak Bernam itu dibangunkan sebagai usaha memelihara khazanah seni bina Melayu, selain menjadi sumber pembelajaran, penyelidikan dan rujukan kepada pelajar, penyelidik serta masyarakat.