UPM Rakan Strategik Laksana IET | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM rakan strategik laksana IET

UPM rakan strategik laksana IET

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Muhammad Izrul Abdul Jabar

 

BANGI, 4 Oktober- Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menghadiri Majlis Pelancaran International English Test (IET) oleh Menteri Pengajian Tinggi (KPT), YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Bangi Resort Hotel, di sini, hari ini.

UPM akan menjadi salah sebuah universiti yang bertindak sebagai rakan strategik bagi menggiatkan lagi dan memastikan keberkesanan pelaksanaan IET.

IET merupakan usaha KPT mempelbagaikan instrumen penilaian seumpama International English Language Testing System (IELTS), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Malaysian University English Test (MUET).

Penilaian ini turut dijajarkan kepada The Common European Framework of Reference atau CEFR yang merupakan skala rujukan antarabangsa yang direka khas bagi menggambarkan kecekapan dan penguasaan bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain.

IET bakal menjadi ujian alternatif kompetensi bahasa Inggeris kepada bukan sahaja pelajar tempatan, tetapi juga pelajar antarabangsa. – UPM

Tarikh Input: 12/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYEBCAA~