UPM Kongsi Kaedah Kompos Kepada Komuniti | Universiti Putra Malaysia
BYECNAp~
» BERITA » UPM kongsi kaedah kompos kepada komuniti

UPM kongsi kaedah kompos kepada komuniti

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron
 
 
 
HULU LANGAT, 16 Mac - PROJEK CSR: ‘COMPOST AS CARBON BANK’ BAGI PROGRAM CEO@FACULTY 2023 telah dianjurkan oleh Pusat Hubungan dan Jaringan Industri(CiRNeT) Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Boustead Technology Sdn. Bhd., Sime Darby Plantation Berhad, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, & Felcra Sdn. Bhd. kepada komuniti.
 
Menurut ketua projek CSR, Pensyarah Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Eksotik dan Ladang, Prof Madya Dr Rozaihan Mansor berkata, projek ini adalah inisiatif pemindahan ilmu kompos dari hasil sisa pertanian dan tinja ternakan kepada komuniti Paya Jaras, Felcra dan Kelab komuniti Puchong.
 
"Seramai 30 orang peserta telah terpilih untuk menyertai program ini bagi mempelajari teknik menghasilkan kompos sendiri di rumah mereka.
 
"Fokus perkongsian ilmu ini bersesuaiaan dengan kepakaran UPM dalam bidang pertanian disamping ianya boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan bagi penternak ruminan," katanya.
 
Projek CSR ini adalah program CEO@Faculty anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama 9 orang pensyarah muda yang terpilih untuk mengikuti program tersebut di agensi kerajaan dan swasta selama 6 bulan.- UPM

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | syamilakamarul

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---