Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang
![]() |
![]() |
SERDANG, 2 Ogos: Sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun 1444H, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Forum Maal Hijrah bersama Pusat Islam, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM dan Lembaga Zakat Selangor.
Pada program itu, pihak WAZAN, Putra Bakti dan Kesatuan Kakitangan UPM (KEPERTAMA) memberi sumbangan sebanyak 50 pek barangan asas kepada staf asnaf UPM.
Sumbangan kepada 50 orang staf asnaf UPM adalah sebagai satu ihsan para penyumbang kepada para asnaf dalam merasai nikmat rezeki yang diperoleh.
Ini adalah satu usaha yang dirangka oleh pihak WAZAN yang cakna kepada keperluan staf asnaf UPM yang memerlukan.
Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada Pemandu Kenderaan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Anuar Abdul, Pemandu Kenderaan BHEP, Sharifful Azizi Musa, dan Pembantu Operasi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Zainal Abidin Shaari.
Selain itu, sebanyak 20 pemenang dari Program Cabutan Barakah yang dilaksanakan pada bulan zakat dan wakaf Al-Falah pada bulan Disember menerima Gold Bar Eksklusif sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM.
Turut hadir pada Program Forum Maal Hijrah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor dan wakil dari Lembaga Zakat Selangor. -UPM
Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA