Oleh Nisa Khairina Amirudin
Foto Marina Ismail
SERDANG, 4 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai platform kerjasama antara UPM dan komuniti Kuala Langat.
Melalui MoU itu, UPM dan Ahli Parlimen Kuala Langat akan bekerjasama menerusi perkongsian kepakaran dan pengetahuan, penyelidikan dan kerjasama.
Antaranya ialah Program Professor on Duty atau Program Bijak Matematik, pembuatan mesin ekstrak gentian daun nanas berautomatik sepenuhnya serta penghasilan buku nanas Yenkee.
Kerjasama itu juga akan membantu INTROP dalam mengembangkan penyelidikan dengan penerokaan biosumber baharu daerah Kuala Langat.
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata, perkongsian dan kerjasama itu akan menyokong perkembangan pesat universiti dan membantu UPM untuk terus berdaya saing dan relevan dengan industri dan negara.
Dr. Xavier Jayakumar pula berkata program yang meliputi aspek pendidikan itu akan dapat memanfaatkan anak muda di Kuala Langat khususnya untuk meningkatkan kefahaman mereka bagi subjek Matematik, manakala penduduk akan mendapat manfaat hasil perkongsian kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam bidang perhutanan dan perkayuan daripada INTROP. - UPM
Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 03/10/2019 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA