SANDAKAN, 30 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) akan membangunkan sistem zero-discharge di kilang-kilang sawit di sini dan di sekitar Sungai Kinabatangan untuk menjana perniagaan baru berkonsep hijau.
Hasil kerjasama kedua-dua buah institusi penyelidikan itu merupakan perkongsian projek penyelidikan untuk pembangunan mapan dalam bidang Sains dan Teknologi (SATREPS) di antara Japan International Corporation Agency (JICA) dan Japan Science and Technology Agency (JST).
JICA, JST, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kyushu Institute of Technology (KIT) mempunyai sejarah kerjasama penyelidikan dan pembangunan sejak tahun 1990-an dalam bidang alam sekitar dan bioteknologi.
Sehubungan itu satu bengkel Zero-Discharge From Palm Oil Industry & Creation Of New Green Profitable Business akan membincangkan konsep penciptaan peluang perniagaan melalui sistem zero-discharge di mana bahan sisa dari kilang-kilang kelapa sawit dikitar semula bagi memperolehi produk-produk yang mempunyai nilai tambah seperti bio-plastik, biogas untuk penjanaan tenaga elektrik, arang daripada tandan sawit kosong dan cengkerang sawit, perolehan semula air, serta rawatan air sisa (efluen) yang menyumbang ke arah aktiviti pemuliharaan kawasan Ramsar di Hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Pengerusi bengkel, Prof. Dr. Ali Hassan berkata industri sawit menjadi fokus usahasama di mana penjanaan sisa sawit yang begitu banyak telah membuka peluang menjalankan penyelidikan dan mencari kaedah serta teknologi terbaik menyelesaikan masalah sisa industri sawit.
“Kyutech dan UPM mengemukakan cadangan projek baru penyelidikan dii Ramsar. Kerjasama ini telah menghasilkan pelbagai teknologi yang kini dapat digunapakai oleh industri bagi mencapai matlamat zero-discharge dan pembangunan lestari,” katanya.
Antara impak yang dijangka daripada program itu adalah:
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA