“Sepanjang Di UPM, Saya Tidak Pernah Minta Duit Daripada Ibu Bapa” | Universiti Putra Malaysia
BYEIOAq~
» BERITA » “Sepanjang di UPM, saya tidak pernah minta duit daripada ibu bapa”

“Sepanjang di UPM, saya tidak pernah minta duit daripada ibu bapa”

Oleh Chow Heng Yee

 

SERDANG, 30 Okt. – "Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa, saya mahu berdikari dan menggunakan wang hasil titik peluh saya sendiri untuk membiayai pengajian di universiti,” kata Mhitra A/P Subramaniam, 24, graduan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

 

"Sepanjang tempoh pengajian, saya tidak pernah minta duit daripada ibu bapa. Saya ingin buktikan yang saya mampu berdikari tanpa menyusahkan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42.

 

Katanya, untuk mencari wang dan pada masa yang sama berjaya dalam pelajaran, beliau membahagikan masa secara teratur. 

 

“Maka saya membuat kerja sambilan sebagai di restoran makanan segera dan mengajar tuisyen pelajar sekolah rendah.

 

"Ketika menjalani praktikal di Putrajaya pula, selepas waktu bekerja di pejabat, saya akan sambung kerja di restoran hingga jam 11 malam," katanya.

 

 Anak sulung daripada dau beradik itu yang kini bekerja sepenuh masa di sebuah Pusat Khidmat Pelanggan, berhasrat menyambung Master Kewartawanan tahun depan. - UPM

Tarikh Input: 21/11/2018 | Kemaskini: 21/11/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---