Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar
![]() |
![]() |
SERDANG, 2 Ogos - Persatuan Alumni PALAPES U-Putra (ALPUTRA) menyumbang sebanyak RM 30,000 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Perhubungan Alumni UPM.
Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh Presiden AlPUTRA, Tan Sri Datuk Seri Haji Mazlan Lazim kepada Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman pada 24 Julai yang lalu.
Dalam pada itu, penyerahan Lukisan Batik Canting 2 Generasi : Membeli Sambil Menyumbang yang berlangsung pada selama sebulan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM dengan objektif utama untuk dijadikan Biasiswa 2 Generasi telah diberikan kepada Tan Sri Datuk Seri Haji Mazlan.
![]() |
![]() |
Penyerahan disempurnakan oleh pelukis batik canting, Mohd Isnain Ali kepada Tan Sri Datuk Seri Haji Mazlan Lazim yang juga merupakan salah seorang pembeli dan penyumbang kepada biasiswa tersebut.
Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 10/08/2022 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA