Penyelidik UPM Cipta Teknologi Gelombang Ultrabunyi Kawal Udara Makanan | Universiti Putra Malaysia
BYEJFAR~
» BERITA » Penyelidik UPM cipta teknologi gelombang ultrabunyi kawal udara makanan

Penyelidik UPM cipta teknologi gelombang ultrabunyi kawal udara makanan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar
 
 
SERDANG, 17 Mac: Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mencipta teknologi gelombang ultrabunyi yang mampu mengawal pengudaraan pada tekstur bakeri bagi memastikan rasa produk bakeri kekal sedap dan menarik.
 
Ketua penyelidik, Prof. Madya lr. Dr. Chin Nyuk Ling dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan berkata, teknologi Ultrasound Bath Aided Mixing System itu merupakan sistem pergaulan doh atau adunan berbentukan ultrabunyi untuk pemprosesan produk bakeri.
 
Beliau hari ini berkongsi penyelidikan dalam Syarahan Inaugural beliau di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia yang dihadiri oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.
 
Naib Canselor UPM berkata, ketua penyelidik ini berjaya mendapat geran melebihi RM 1.9 juta secara tunai untuk 20 projek di peringkat nasional, antarabangsa dan swasta.
 
"Bukan itu sahaja, beliau berjaya mendapat geran Newton-Ungku Omar Researcher Links pada tahun 2016 untuk projek Pemprosesan Makanan Menggunakan Inovasi Pengudaraan.
 
"Beliau juga telah memfailkan satu paten untuk sistem menaikkan kualiti makanan menggunakan teknologi pengudaraan dan ultra- bunyi" katanya.
 
 
Teknologi ultrabunyi ini juga menjadikan proses mengadun kek dan roti tanpa menggunakan bahan tambahan seperti serbuk penaik.
 
Inovasi ini mampu mengubah struktur pengudaraan untuk produk yang dibakar, dapat menghasilkan kuantiti yang lebih banyak serta tekstur yang baik dengan mengurangkan penggunaan bahan seperti emulsifier dan shortening dalam produk bakeri,” katanya. - UPM

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | syamilakamarul

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---