Kursus Pertanian Bandar Perkasa Ilmu Warga Kampus | Universiti Putra Malaysia 99 exweb01
» BERITA » Kursus Pertanian Bandar Perkasa Ilmu Warga Kampus

Kursus Pertanian Bandar Perkasa Ilmu Warga Kampus





Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad
Wartawan Pelatih
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM



SERDANG, 25 Jun- Universiti Putra Malaysia menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM menganjurkan Kursus Pertanian Bandar: Solusi Keterjaminan Makanan dan Inovasi Produk Hiliran kepada komuniti Taman Sri Serdang bagi memperkasa keterjaminan makanan, hari ini.

Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pendaftar UPM turut melibatkan 35 kakitangan UPM mendedahkan demonstrasi kawalan serangga dan perkongsian ilmu pertanian bandar, selain latihan amali seperti pembuatan kompos, penanaman bawang, pudina dan keratan pokok meranti sebagai inisiatif menyokong keterjaminan makanan kampus.

Pengarah Projek, Puan Mahani Amat @ Halimi berkata kursus ini pertama kali dibuat secara praktikal bersama komuniti kampus.

“Matlamatnya ialah membekalkan kemahiran bercucuk tanam supaya warga UPM boleh menjana sumber makanan sendiri sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan,” katanya.

Pengusaha Kebun Komuniti Taman Sri Serdang, Chinnatamby berkata kebun tersebut diwujudkan sejak 2019 sebagai usaha menyokong keterjaminan makanan komuniti setempat menerusi pertanian tanpa racun.

“Saya gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang boleh peserta bawa pulang dan amalkan di rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian UPM, Hafiza Md Juah berkata beliau menyertai kursus ini sebagai pendedahan awal selepas bertukar ke Unit Fertigasi daripada unit ladang.

“Program ini banyak membantu saya memahami pendekatan komuniti dalam mengurus pertanian bandar secara mampan dan berskala kecil,” katanya.

Guru Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) UPM, Nur Aqeela Mohd Yussof berkata pengetahuan baharu itu akan digunakan untuk projek kebun kecil bagi menyediakan bahan masakan segar kepada kanak-kanak.

“Teknik kompos dan tanaman berdaun yang dipelajari memudahkan kami memulakan konsep ‘tanam-tuai-makan’ di taska,” katanya.

Dalam pada itu, program ini diharap menjadi pemangkin budaya bercucuk tanam dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh usaha negara mencapai keterjaminan makanan secara lestari

Tarikh Input: 26/06/2025 | Kemaskini: 26/06/2025 | syamilakamarul

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYGaVAm~