Oleh Siti Nur Amanina Nazri
SERDANG, 8 Nov – Pusat Antarabangsa (i-Putra), Universiti Putra Malaysia (UPM) meraikan seramai 584 orang pelajar antarabangsa yang telah bergraduat pada Majlis Konvokesyen UPM ke-43, pada sebuah majlis minum petang di sini.
Majlis itu bertujuan meraikan kejayaan pelajar kerana berjaya menamatkan pengajian di UPM.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata para pelajar adalah duta UPM dan mereka perlu bijak menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki diri dan memberi kembali kepada masyarakat.
Majlis turut dihadiri Pengarah i-Putra, Prof. Dr. Zainal Abidin Talib; Timbalan Pengarah i-Putra, Prof. Dr. Noritah Omar; dan Ketua i-Putra, Puan Fairuz Muchtar Bawaze’er.
Majlis diadakan dengan kerjasama UPM Buddies, UPMISA, pelajar mobiliti dan pelajar sukarelawan tempatan. – UPM
Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 16/12/2019 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA