FPSK UPM Anjur Persidangan Neurosains-BRB 2023, Bincang Penyakit Otak | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » FPSK UPM anjur Persidangan Neurosains-BRB 2023, bincang penyakit otak

FPSK UPM anjur Persidangan Neurosains-BRB 2023, bincang penyakit otak

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris

SERDANG, 15 Jun - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia UPM) menganjurkan Persidangan Neurosains-BRB 2023 bagi membincangkan dan menangani cabaran semasa rawatan dan diagnostik penyakit otak serta bidang berkaitan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Nazamid Saari berkata Neuro- BRB 2023 menawarkan platform yang sangat baik untuk meluaskan pengetahuan dan memberi inspirasi kepada komuniti berkenaan bidang neurosains dan neurologi.

"Persidangan ini melibatkan saintis, penyelidik, pakar klinik dan profesional industri dari seluruh dunia untuk membincangkan penyelidikan dan penemuan terkini pelbagai topik termasuklah penyakit otak, kecederaan saraf tunjang, penyakit Parkinson dan lain-lain penyakit berkaitan bidang ini," katanya.

Dalam pada itu, persidangan Neurosains-BRB 2023 menghimpunkan pakar terkemuka dari Jepun, Thailand, Mongolia, Hong Kong, Amerika Syarikat, Australia serta pihak berkepentingan yang lain sebagai usaha memajukan dan melihat pembangunan teknologi dalam penyakit otak.

Pengarah program, Prof. Madya Dr.Cheah Pike See berkata persidangan ini amat menggalakkan kerjasama dan pertukaran idea dalam bidang penyelidikan neurosains bukan sahaja melalui penglibatan pakar terkemuka malah penyertaan bersama pelajar lepasan ijazah dan orang awam.

"Semoga persidangan ini dapat memberi inovasi dan kerjasama pihak berkaitan dalam menambah baik kehidupan individu yang terjejas dengan neurologi," katanya. -UPM

Tarikh Input: 16/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYCKIAO~