SERDANG, 20 Feb - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
(FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan ‘Advance In
Internal Medicine 2017’ (AIM 2017) untuk memperkukuhkan tahap pengetahuan
perubatan dalaman dan penyakit kanser kepada golongan profesional perubatan dan
masyarakat mengenai perkhidmatan kesihatan di rantau ini.
Pengarah persidangan AIM 2017, Dr. Bahariah Khalis berkata
‘Internal Medicine’ atau Perubatan Dalaman adalah ilmu peringkat perubatan yang
amat perlu diguna pakai serta dipertanggungjawab kepada setiap doktor di dunia.
“Ia juga merupakan dasar ilmu perubatan sebelum seseorang
doktor mahu ke peringkat sub kepakaran seterusnya seperti pakar neurologi,
pakar jantung, pakar buah pinggang dan sebagainya,” katanya.
Pada persidangan itu, satu sesi pre-konferens diadakan.
Peserta memberi pandangan berhubung ilmu pengetahuan yang lama dan relevan pada
masa kini berkaitan topik yang disediakan.
“Di Malaysia, sesi sebegini amat diperlukan ekoran arus
globalisasi terutama era teknologi tinggi yang mungkin tidak menepati pandangan
yang disyorkan oleh pakar perubatan,” katanya.
Persidangan itu adalah platform untuk pakar perubatan,
paramedik, kejururawatan, yang menyentuh berkaitan penyakit berkaitan kanser
darah yang jarang dibincangkan di kalangan masyarakat.
AIM 2017 yang bertemakan ‘Advancing Medicine, Improving Patient’s Outcome’ itu turut dihadiri Dekan FPSK UPM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Jalil Nordin; Ketua Jabatan Perubatan, FPSK, Prof. Madya Dr. Ahmad Fazli Abdul Azizi; dan Naib Canselor merangkap Presiden UCSI University, Prof. Dato’ Dr. Khalid Yusoff. - UPM
Tarikh Input: 13/03/2017 | Kemaskini: 15/03/2017 | idah
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA