SERDANG, 7 Nov – 35 kanak-kanak austisme telah menyertai program Terapi Berkuda yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Pertanian Putra (PPP) dengan kerjasama Benua Equestrian Stables (BEST), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Keluarga Autisme UPM (PEKAUPM), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan Marsha Therapy di Pusat Ekuin, UPM, baru-baru ini.
Ibu bapa yang hadir ke program ini meluahkan rasa gembira atas penganjuran program yang begitu baik sebagai terapi istimewa untuk membantu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak autisme.
Dalam pada itu, program ini turut membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan untuk membesarkan kanak-kanak austime dengan baik melalui perkongsian pengalaman dan kaedah yang digunakan dalam memberikan latihan dan pendedahan supaya kanak-kanak dapat berdikari pada masa hadapan.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor, Azura Sarbin, dan Pengarah, PPP, UPM, Dr. Siti Zaharah Sakimin.
Tarikh Input: 07/11/2023 | Kemaskini: 07/11/2023 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA