Terlalu Cinta Dunia Hancurkan Hubungan Dengan Allah | Universiti Putra Malaysia
» ARTIKEL » Terlalu cinta dunia hancurkan hubungan dengan Allah

Terlalu cinta dunia hancurkan hubungan dengan Allah

Ringkasan Artikel
Kehidupan manusia hari ini juga sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dapat menggoda dan menipu manusia dari kekayaan dunia sehingga tidak sedar malaikat pencabut nyawa dekat dengan kita.


Oleh: Zuhaimi Abdul Rahim

Kehidupan manusia hari ini juga sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dapat menggoda dan menipu manusia dari kekayaan dunia sehingga tidak sedar malaikat pencabut nyawa dekat dengan kita.

Sifat kasih serta cinta akan dunia boleh melemahkan jiwa dan fizikal serta mempunyai kesan mendalam kepada kehidupan yang membabitkan hal keduniaan sehingga menjejaskan hubungan dengan Allah SWT, di mana segala pergerakan dan usahanya dari sudut zahir sahaja.

Antara sebab lain terlalu cinta akan dunia wujud sifat mudah lupa dan malas dalam diri manusia, lupa akan diri sendiri. Kesannya melahirkan sifat malas dan bosan, malas untuk belajar ilmu agama, malas untuk zikrullah, malas untuk berjemaah di masjid, malas untuk melaksanakan amalan sunnah sehingga lupa hari-hari kebangkitan Islam, hari Isra Mikraj di mana peristiwa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SWT ‘perjalanan langit’ satu malam menuju ‘Sidratulmuntaha’.

Adakah kita fahami dalam kesibukan mengejar cinta dunia dengan peristiwa yang cukup bermakna bagi umat Islam pada hari ini? Berpada-pada lah kita dengan urusan dunia. Bersama-sama kita mengambil sedikit ibrah sentiasa mengingati dan mencorakkan kehidupan kita dengan peristiwa Isra Mikhraj.

Kewajipan solat lima waktu

Maksud Mikraj dalam peristiwa Isra Mikraj ini Rasullah SAW telah naik ke langit berjumpa dengan Allah SWT dan mendapat perintah solat fardu secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan.

Setiap umat Islam wajib untuk mendirikan solat lima waktu sehari semalam dan ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya” surah an-Nisa:103.

Berapa ramai kita lihat dalam seharian orang sekeliling meninggalkan solat, sibuk dengan urusan harian, sibuk dalam bekerja mencari rezeki tetapi lupa akan kewajipan solat dengan rasa tidak bersalah meninggalkannya.

Dalam beberapa hadis diterangkan semasa perjalanan Isra dan Mikraj itu baginda SAW telah menyaksikan beberapa peristiwa yang boleh menjadi iktibar kepada semua umat Islam. Antara peristiwa tersebut, Nabi SAW melihat satu kaum yang dihempap kepalanya dengan batu besar. Setiap kali kepala itu berkecai, ia Kembali semua seperti sedia kala. Hal ini berlaku berterusan. Mereka ini adalah golongan orang-orang yang malas mengerjakan sembahyang fardhu. Itu lah balasan orang yang meninggalkan solat di akhirat kelak.

Bagi mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya, maka kafirlah dia dan terkeluar daripada agama Islam. Sempena bulan Isra Mikraj marilah kita berubah kearah kebaikan tanpa meninggalkan kewajipan solat dan sama-sama menuju kebaikan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT Bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang” surah al-Mukminun:1-2.

Adakah kita faham maksud sebenar dari peristiwa tersebut? sama-sama lah kita menjadi orang yang ingin berhijrah dari dunia kejahilannya, menjadi orang yang ingin berubah dari tabiat buruk kepada tabiat yang lebih baik dan menjadi rutin harian yang produktif tanpa sesaat mensia-siakan masanya di dunia.

Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLdOA4~