Article Summary
Enzim protease memecahkan protein dalam kotoran seperti peluh, darah dan sisa makanan kepada molekul yang lebih kecil, sekali gus memudahkan proses pembersihan tanpa memerlukan bahan kimia yang keras.
Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Pernahkah terfikir ke manakah perginya kulit buah selepas diproses di kilang makanan atau selepas kita menikmati jus dan potongan buah? Kebiasaannya, sisa ini hanya berakhir sebagai buangan organik tanpa dimanfaatkan sepenuhnya.
Namun bagi penyelidik Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), sisa kulit buah bukan sekadar bahan buangan, sebaliknya berpotensi menjadi ramuan utama dalam penghasilan sabun pencuci mesra alam yang efektif dan selamat digunakan.
Sabun pencuci berasaskan kulit buah ini dilaporkan mempunyai keberkesanan antibakteria sehingga 99.9 peratus serta bebas daripada bahan kimia keras yang lazim terdapat dalam detergen konvensional.
Jika bahan kimia agresif bertindak secara umum untuk menanggalkan kotoran, enzim pula bekerja secara lebih spesifik. Enzim protease memecahkan protein dalam kotoran seperti peluh, darah dan sisa makanan kepada molekul yang lebih kecil, sekali gus memudahkan proses pembersihan tanpa memerlukan bahan kimia yang keras.
Walaupun sabun pencuci konvensional terbukti berkesan menanggalkan kotoran, kebanyakannya mengandungi bahan sintetik seperti Linear Alkylbenzene Sulfonate (LAS) yang sukar terurai sepenuhnya dalam alam sekitar. Apabila bahan ini memasuki sistem perairan, ia berpotensi memberi tekanan kepada ekosistem akuatik. Ringkasnya, pakaian mungkin menjadi bersih, namun alam sekitar terpaksa menanggung kesannya.
Mengapa Kulit Buah?
Pensyarah Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS, Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien mengambil inisiatif memanfaatkan sisa kulit buah sebagai bahan utama dalam formulasi sabun pencuci.
Kulit buah diketahui mengandungi pelbagai asid organik seperti asid sitrik dan asid malik yang mampu membantu proses pembersihan secara semula jadi. Selain itu, sisa ini turut mengandungi sebatian bioaktif seperti fenolik dan flavonoid yang terkenal dengan sifat antibakteria.
Menurut beliau, sisa kulit buah yang lazimnya dibuang sebenarnya mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan sebagai komponen bioaktif dalam formulasi produk pembersih.
Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan sisa bahan buangan, malah menyokong konsep sifar sisa serta memperkukuh amalan ekonomi kitaran hijau.
ang keras. Pendekatan ini boleh diibaratkan seperti menggunakan “alat khas” yang lebih tepat berbanding “tukul besar” yang bertindak secara kasar.
Produk yang dinamakan EnviroBio FruitFresh ini bukan sekadar sabun pencuci pakaian biasa. Ia turut berkesan digunakan dalam pelbagai aplikasi pembersihan lain seperti menanggalkan kotoran degil di dapur komersial, mencuci tuala di sektor perhotelan serta sanitasi permukaan di pejabat dan premis makanan.
Salah satu faktor utama yang membezakan EnviroBio FruitFresh daripada sabun pencuci konvensional ialah penggunaan enzim protease bakteria dalam formulasi produk.
Jika bahan kimia agresif lazimnya bertindak secara umum untuk “menyerang” kotoran, enzim pula bekerja dengan cara yang lebih khusus dan disasarkan. Enzim protease bertindak memecahkan protein dalam kotoran seperti peluh, darah dan sisa makanan kepada molekul yang lebih kecil.
Hasilnya, kotoran menjadi lebih mudah ditanggalkan tanpa memerlukan penggunaan bahan kimia y
Menurut Dr. Leong, pembangunan produk ini mengambil masa hampir dua tahun dan dijalankan secara teliti di makmal. Proses tersebut melibatkan pengasingan enzim, penentuan kepekatan optimum serta pelbagai ujian kestabilan bagi memastikan formulasi yang dihasilkan benar-benar berkesan.
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh penyelidik ialah memastikan enzim kekal aktif dalam persekitaran cecair yang sedikit berasid. Hal ini penting kerana enzim boleh kehilangan keberkesanan sekiranya tidak distabilkan dengan baik dalam formulasi produk.
Lebih Lembut dan Selamat untuk Kulit
Selain aspek keberkesanan, keselamatan pengguna turut menjadi keutamaan dalam pembangunan produk ini. EnviroBio FruitFresh tidak mengandungi bahan seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES) atau peluntur klorin yang sering dikaitkan dengan iritasi kulit.
Dengan julat pH sekitar 6 hingga 7, produk ini lebih hampir kepada pH semula jadi kulit manusia. Ini menjadikannya pilihan yang lebih lembut dan selesa untuk digunakan, termasuk oleh individu yang mempunyai kulit sensitif serta bayi.
Lebih daripada sekadar produk pembersih, inovasi ini membawa implikasi yang lebih luas terhadap kelestarian alam sekitar.
Dengan menukarkan sisa kulit buah kepada bahan bernilai tinggi, penyelidikan ini membantu mengurangkan buangan organik serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan berasaskan petrokimia.
Pada masa yang sama, pendekatan ini membuka ruang kerjasama dengan industri pemprosesan buah tempatan dalam memanfaatkan sisa sebagai sumber baharu bernilai tinggi.
Secara tidak langsung, inovasi EnviroBio FruitFresh membuktikan bahawa sains bukan sekadar terhad kepada teori di makmal. Sebaliknya, ia mampu hadir dalam kehidupan seharian, bahkan bermula daripada sesuatu yang kelihatan biasa seperti kulit buah.
Kadangkala, penyelesaian kepada cabaran besar alam sekitar bukanlah teknologi futuristik yang kompleks. Ada masanya, ia bermula daripada idea yang ringkas tetapi bijak: melihat sisa sebagai sumber, bukan sebagai beban.
Date of Input: 16/03/2026 | Updated: 16/03/2026 | syamilakamarul

43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA