UPM Laksana Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kepada OKU | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM laksana Kursus Penanaman Cendawan Tiram kepada OKU

UPM laksana Kursus Penanaman Cendawan Tiram kepada OKU

SERDANG, 30 Okt – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Pertanian dan Pusat Pertanian Putra (PPP) telah melaksanakan Kursus Penanaman Cendawan Tiram kepada kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Seminar Agrobelia Lestari 2023 yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi dan Persatuan Hidup Berdikari untuk OKU Malaysia (IPHBM).

Kursus yang dijalankan di Unit Cendawan, Bahagian Tanaman, PPP, UPM, pada 24 hingga 26 Oktober 2023 ini melibatkan seramai 30 orang belia OKU yang mengalami pelbagai masalah kurang upaya dari segi pembelajaran (LD), fizikal (PH) dan mental (ME).

Kursus ini telah disampaikan secara teori oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Sumaiyah Abdullah dan disokong secara lapangan oleh kakitangan PPP, UPM yang diketuai oleh Ketua Seksyen Agroteknologi, Bahagian Tanaman, PPP, UPM, Junizawati Mohd. Zin.

Sementara itu, perlaksanaan program komuniti seumpama ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat, khususnya golongan OKU, di samping memberikan pendedahan kemahiran pertanian kepada belia OKU, menyediakan peluang menjana pendapatan dan membantu memperkasa ekonomi belia OKU.

Date of Input: 31/10/2023 | Updated: 31/10/2023 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYCBBA4~