Tahun Ini Penuh Sejarah, Ini Rentetan Peristiwa Menarik Sepanjang Tahun 2023! | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Tahun ini penuh sejarah, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang tahun 2023!

Tahun ini penuh sejarah, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang tahun 2023!

Article Summary
Di sini UPM himpunkan beberapa momen bersejarah dan kisah yang menarik perhatian warga UPM sepanjang tahun ini!


OlehNoor Eszereen Juferi, Nurul Ezzaty Mohd Azhari, Nur Syamila Kamarul Arefin dan Sharifah Hannah Adibah Wan Serail

 

Tahun 2023 bakal melabuh tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi, kejutan demi kejutan di Universiti Putra Malaysia (UPM) disajikan dan banyak peristiwa menarik yang telah berlaku.

Di sini UPM himpunkan beberapa momen bersejarah dan kisah yang menarik perhatian warga UPM sepanjang tahun ini

JAN

Pada bulan Januari, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membincangkan hala tuju serta nic UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan peranan universiti membantu negara menangani krisis makanan negara.

UPM turut menerima Anugerah Rakan Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada Majlis   HSAAS, UPM yang akan menjadi sebuah hospital universiti terbaik dunia serta kepakaran yang dimiliki akan dijadikan rujukan kepada pengamal perubatan lain dalam bidang kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, UPM menerima kunjungan hormat dengan National Economic & Social Development Board (NESDB), Libya untuk menjalinkan peluang kerjasama dalam meningkatkan keterjaminan makanan serta usaha-usaha kerjasama yang akan dijalankan pada masa hadapan terutama dalam pembangunan modal insan dan sosioekonomi kerajaan Libya untuk tujuan pembangunan negara tersebut.

FEB

Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Baginda berhasrat HSAAS, UPM akan menjadi sebuah hospital universiti terbaik dunia serta kepakaran yang dimiliki akan dijadikan rujukan kepada pengamal perubatan lain dalam bidang kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, UPM menerima kunjungan hormat dengan National Economic & Social Development Board (NESDB), Libya untuk menjalinkan peluang kerjasama dalam meningkatkan keterjaminan makanan serta usaha-usaha kerjasama yang akan dijalankan pada masa hadapan terutama dalam pembangunan modal insan dan sosioekonomi kerajaan Libya untuk tujuan pembangunan negara tersebut. 

MAC

Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Ladang Konjak Sdn. Bhd menjalinkan Kerjasama penyelidikan untuk tanaman ubi konjak di Malaysia dan menjadikan UPM sebagai perintis pengeluaran ubi konjak yang berpotensi tinggi sebagai sumber makanan dan penghasilan pelbagai produk hiliran.

Pada bulan ini juga, UPM bersama Farm Fresh Berhad (FFB) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Agro-Tourism dalam meningkatkan minat mahasiswa untuk menceburi industri tenusu serta menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian. 

APRIL

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Iftar Mega Putra 3.0 bagi menjalinkan kebersamaan serta merapatkan ukhwah di kalangan warga UPM serta kumpulan sasar UPM.

Selain itu, Pusat Islam UPM buat julung kalinya menganjurkan majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh pelajar golongan kurang upaya (OKU) di Dewan Solat Utama, Masjid UPM pada 13 April. 

MEI

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 pada 10 Mei 2023 dengan penglibatan semua warga UPM termasuklah pelajar antarabangsa yang turut serta memakai pakaian tradisional negara masing-masing.

JUN

Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Jabatan Warisan Negara (JWN) buat julung kalinya menganjurkan bengkel kelestarian pembungkusan makanan warisan ASEAN dan pengkomersilan untuk pasaran dunia.

Di samping itu, UPM telah menjadi destinasi Le Tour De IPT (LTdIPT) 2023 bagi peringkat ketiga disertai oleh wakil sulung dari Fakulti Pertanian, UPM, Kamarul Anwar Kamari Zaman yang bergabung dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

JULAI

Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan makanan dedak cendawan sebagai alternatif menggantikan dedak jagung kepada haiwan ternakan menerusi penanaman cendawan tiram di bawah infrastrukrur solar Photovoltaic (PV).

Penghasilan MyShroomFeed yang sedang diusahakan oleh penyelidik UPM akan membantu mengurangkan kebergantungan import jagung bijirin serta bahan utama protein disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

OGOS

Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan 2023 (PKPK 2023) anjuran Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu komuniti kategori B40 untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.

PKPK 2023 berjaya cipta kejayaan dengan menerima sijil daripada pihak Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai First National Community Farming Conference.

SEPTEMBER

Program Klinik Pertanian Putra anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM telah memberi manfaat dalam memajukan pembangunan sektor pertanian kepada komuniti Kota Tinggi untuk menjana pendapatan ekonomi keluarga.

Program ini akan bekerjasama erat dengan pelbagai agensi setempat di Kota Tinggi antaranya Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Timur, Jabatan Pertanian, Kejora dan pelbagai agensi berkaitan.

OKTOBER

PUTRA International Centre (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) menganjurkan program Meet and Greet with International Students in Malaysia (MAGNET) 2023 dan Majlis Pelancaran Program Edutourism untuk mengadakan pertemuan serta beramah mesra bersama pelajar antarabangsa di Malaysia.

Program yang diadakan bersempena dengan International Exploration Week 2023 (InterXFest) bertemakan “The Tapestry of Internationalisation” ini bertujuan untuk meraikan budaya global, dan pada masa yang sama memperkenalkan nilai-nilai Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. 

NOVEMBER

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian (PESKON) 2023 bertemakan "Transformasi Pertanian Memacu Malaysia Madani" sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 yang berlangsung pada 25 hingga 30 November.

PESKON 2023 yang dikelolakan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar UPM ini melibatkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Gema Seni Dikir Barat, Festival Nasyid Interkolej Kali ke-14, pertandingan Koir Interkolej, Green Drama Musical, e-Sport Challenge: Mobile Legend Bang Bang, Kejohanan Terbuka Futsal Pesta Konvo dan UPM PESKON Paintball 2023. 

DISEMBER

Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Syarahan Umum Rashdan Baba Siri Kedua yang bertajuk "Kepimpinan Akademik: Pengaruh, Mobiliti dan Mentoran" untuk menekankan peranan pemimpin akademik sebagai kekuatan universiti dalam menyemarakkan pembangunan kecemerlangan akademik.

UPM turut melancarkan Transformasi Pusat Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADEe-Lead) dan Leadership Guideline – Competency-Based Institutional Leadership (CbIL) Framework, UPM bagi menekankan pengalaman pembelajaran dan kehidupan kampus yang terus cemerlang agar pelajar dapat menjadikan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang bermakna dalam mendepani cabaran masa hadapan. 

Date of Input: 29/12/2023 | Updated: 29/12/2023 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLWBAJ~