Dr. Amru, Kerjaya Doktor Perubatan Penuh Cabaran | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Dr. Amru, kerjaya doktor perubatan penuh cabaran

Dr. Amru, kerjaya doktor perubatan penuh cabaran

Article Summary
Sepanjang bertugas di sini, antara cabaran utama saya adalah berhadapan dengan pelajar yang sedang meningkat dewasa, jadi berbagai ragam mereka kesan dari peralihan usia yang perlu ditangani dengan baik supaya mereka boleh meneruskan pengajian disini.


Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 



Kerjaya sebagai seorang doktor sering dipandang sebagai kerjaya yang masyhur dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mana tidaknya, untuk memasuki sekolah perubatan, perlulah memiliki keputusan yang cemerlang selain bersedia untuk bergelumang dengan nota, waktu belajar dan peperiksaan.

Tidak dinafikan, pekerjaan yang mulia ini sering mengorbankan waktu untuk diri sendiri dan keluarga demi menyelamatkan nyawa, kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

Bagi Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Dr. Muhammad Amru Badrul Hisam berkata beliau merupakan satu-satunya doktor yang memberi rawatan kepada pelajar dan juga staf di UPMKB.

 

Apa yang dibayangkan beliau dikelilingi dengan buku rekod, ubat-ubatan dan melayani kerenah serta ragam pesakit.

Namun, sangkaannya ternyata meleset. Sebaik saja ditugaskan ke PKU UPMKB melayani kerenah serta ragam pesakit yang memerlukan pendekatan agak berbeza dengan pesakit yang sering kali dirawat.

Rutin harian anak kelahiran Kulim, Kedah ini memerlukan beliau sentiasa bersedia untuk bertemu pesakit dan perlu cergas sekiranya berlaku kecemasan.

 



Beliau perlu berhadapan dengan berbagai ragam pesakit, rata-rata adalah pelajar yang sedang memasuki peralihan usia mengalami kesan perubahan fizikal serta persekitaran sosial.

"Sepanjang bertugas di sini, antara cabaran utama saya adalah berhadapan dengan pelajar yang sedang meningkat dewasa, jadi berbagai ragam mereka kesan dari peralihan usia yang perlu ditangani dengan baik supaya mereka boleh meneruskan pengajian disini.

 

Justeru, penting untuk seorang doktor perubatan memahami konsep ihsan kendiri, kaunseling dan psikologi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar berhadapan dengan persekitaran semasa.

Anak sulong dari enam beradik ini telah berkhidmat sebagai doktor di UPMKB bermula awal tahun 2021 dan bersyukur mencari rezeki di bumi kenyalang walaupun berbeza budaya, agama dan kepercayaan.

 

Beliau tidak menafikan bahawa kumpulan pelajar ini perlu diberi sokongan emosi agar mampu mengawal keadaan semasa 'kebangkitan' dan 'kejatuhan' sepanjang tempoh pengajian dan proses mematangkan diri.

"Jadi, sokongan keluarga ketika proses ini amatlah penting supaya pelajar boleh menjalani kehidupan seharian dengan baik dan cemerlang dalam pengajian.

Besar pengorbanan menjadi seorang doktor, terpaksa meletakkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. Semoga doktor-doktor lain di luar sana dapat menjadikan kisah ini sebagai sumber inspirasi mereka dalam meneruskan perjuangan sepanjang bergelar seorang doktor.

Date of Input: 29/10/2024 | Updated: 30/10/2024 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLWFAT~