UPM, ATM dan Jabatan Pertanian perkasa inovasi produk hiliran berasaskan halia
Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kem 6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram dan Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi, Johor dalam pembangunan keusahawanan agro serta pemindahan teknologi pertanian.